Sambal Bervariasi Yang Sedap, Pedas Menyengat dan Menjadi Pilihan Orang Ramai
Diskripsi Produk
Ada benda yang saya nak kongsikan sesuatu yang asyik bermain di fikiran saya. Kalau tak dikongsi akan rasa serba salah pula, lebih baik saya kongsikan sebelum benda yang terbaik ini terlepas. Pernah dengar sambal Cik Combie ? Kalau tak pernah dengar, sekarang lah waktunya untuk kita tahu mengenai sambal menyengat Cik Combie ni.
Apa yang boleh dispesifikasikan kepada gambar yang tertera, ia merupakan produk sambal hijau yang paling laris terjual. Kenapa ? Ini kerana setiap jenis sambalnya merupakan pembangkit selera orang ramai. Bagusnya sambal ini boleh dimakan begitu sahaja atau ia boleh dibuat sebagai paste makanan seperti nasi goreng kampung, nasi ayam penyek dan juga gulai .
Sambal Hijau
Oleh: Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Lada Hijau, Cili Padi, Bawang Besar, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan, Asam Jawa, Minyak Masak, Perisa Dan Pengawet Yang dibenarkan (E211).
Kuantiti : 200 gram.
Ciri Fizikal : Pepejal, Bewarna Kehijauan.
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 6 Bulan
Ramuan Produk : Lada Hijau, Cili Padi, Bawang Besar, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan, Asam Jawa, Minyak Masak, Perisa Dan Pengawet Yang dibenarkan (E211).
Kuantiti : 200 gram.
Ciri Fizikal : Pepejal, Bewarna Kehijauan.
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 6 Bulan
Benda mudah kita kena berkongsi juga kan? Lagi-lagi suri rumah, ibu-ibu dan yang paling penting untuk peniaga juga tau! Sambal tumis manis-manis pedas ni sekali makan, pasti nak lagi ! Sambal tumis ini juga boleh terus dimakan bersama nasi lemak, ubi rebus, ikan bakar dan ulam-ulaman.
Sambal Tumis
Oleh: Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Cili Kering, Ikan Bilis, Bawang Besar, Bawang Putih, Belacan, Asam Jawa, Minyak Masak, Perisa, dan Pengawet Yang Dibenarkan (E211).
Kuantiti : 200 gram
Ciri Fizikal : Pepejal, Berwarna Kemerahan
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 6 Bulan
Sambal belacan sudah pasti pilihan orang tempatan. Produk ini juga menjadi rebutan, bukan setakat bau, rasanya pun melekat dan pasti akan teringat sampai bila-bila. Seperti biasa sambal belacan ini boleh terus dimakan bersama ulam-ulaman kegemaran anda serta pencicah makanan.
Sambal Belacan
Oleh : Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Lada Besar, Cili Padi, Belacan, Bawang Besar, Bawang Putih, Limau Kasturi, Minyak Masak, Perisa, dan Pengawet Yang Dibenarkan (e211).
Kuantiti : 200 gram
Ciri Fizikal : Pepejal, Bewarna Coklat Kemerahan
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 6 bulan.
Minat makanan laut? Nak rasa pedas dalam makanan tapi rasa leceh nak menumbuk ? Ini lah jalan penyelesaianya. Sambal Asam yang boleh terus dimakan bersama ulam-ulaman kegemaran, ikan bakar dan pelbagai makanan laut.
Sambal Asam
Oleh : Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Lada Besar, Cili Padi, Asam Jawa, Bawang Besar, Bawang Putih, Jus Lemon, Minyak Masak, Perisa dan Pengawet Yang Dibenarkan (E211)
Kuantiti : 200 gram
Ciri Fizikal : Pepejal, Berwarna kemerahan.
Keadaan penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran memggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal/
Bahan pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 6 Bulan.
Sambal Goreng Bilis memang penyelamat dan pembangkit selera ketika dimakan dengan nasi panas . Tak kisah, lauk lain tak ada pun tak apa, yang penting sambal goreng bilis perlu ada disetiap menu makanan anda. Memang sangat mudah dan cepat disediakan. Selain dimakan bersama nasi panas, Sambal Goreng Bilis ini juga sedap dimakan dengan nasi, mee hoon, roti atau apa sahaja.
Sambal Goreng Bilis
Oleh : Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Bawang Besar, Lada Kering, Ikan Bilis, Minyak Masak, Bawang Putih, dan Perasa yang Dibenarkan.
Kuantiti : 120 gram
Ciri Fizikal : Pepejal, Berwarna Merah Kehitaman
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 1 Tahun.
Nak sesuatu yang berbeza? Dah terlalu biasa dengan sambal goreng ikan bilis? Tak apa sebab produk Sambal Cik Combie juga ada mengeluarkan satu lagi jenis sambal yang dikategorikan sebagai sambal kering iaitu Sambal Goreng Udang. Rasanya sangat crispy, dan sesiapa yang tidak makan pedas, ini lah pilihannya. Lagi-lagi kalau dimakan dengan bubur, roti atau nasi impit confirm satu botol boleh habis dalam masa sehari.Tidak dinafikan sambal goreng udang memang sedap!
Sambal Goreng Udang
Oleh : Sambal Cik Combie
Ramuan Produk : Bawang Besar, Lada Kering, Udang, Minyak Masak, Bawang Putih, dan Perasa Yang Dibenarkan.
Kuantiti : 120 gram
Ciri Fizikal : Pepejal, Berwarna Merah Kehitaman
Keadaan Penyimpanan : Suhu Bilik
Kaedah Pengedaran : Pengedaran menggunakan kenderaaan biasa (kereta) serta mempunyai suhu yang terkawal.
Bahan Pembungkus : Botol Plastik
Jangka Hayat : 1 Tahun.
Sambal Cik Combie, Pasti Kena Cuba!






Ulasan